Monday, February 25, 2008

NOTA PENTING

LOAD BEARING WALL/DINDING GALAS BEBAN

Beban ditanggung 100% oleh dinding.
Ia banyak digunakan di luar Negara dan di Malaysia hanya pada istana dan juga pada kedai cina dahulu kala .
Bagi load bearing wall, jika berlaku kebakaran, ia hanya akan tinggal dinding sahaja.
Diperbuat daripada bata dan bata akan menyerap haba pada waktu siang serta membebaskan haba pada waktu malam.


KELEBIHAN LOAD BEARING WALL

Cepat dalam proses pembinaan.
Mudah dibina coz bentuk bangunannya seperti kotak.
Bangunan yang sesuai digunakan apabila cuaca sejuk.
Lebih unik kerana tidak mempunyai rasuk dan tetulang.



KELEMAHAN LOAD BEARING WALL

Pembinaannya hanya boleh dibina maksimum 10 tingkat bangunan sahaja, dan saiz dinding perlu diperbesarkan bagi menampung beban.
Ia juga tidak mempunyai rasuk.
Tidak fleksibel coz bentuknya seperti kotak.
Tidak banyak terdapat di Malaysia coz keadaan
cuaca yang panas lembap.



FRAME STRUCTURE/KERANGKA BANGUNAN

Ia mempunyai tiang dan juga rasuk.
Pembinaannya boleh dibina lebih daripada 10 tingkat bangunan.
Ia diperbuat daripada konkrit precast atau insitu.
Ia juga mempunyai jarak rentang yang panjang.
Ia kuat dari segi mampatan dan juga tegangan. Mampatan pada konkrit dan tegangan pada kerangka.


KELEBIHAN FRAME STRUCTURE

Struktur bangunannya yang kukuh.
Bangunannya boleh dibina setinggi yang boleh.
Ia mempunyai rasuk bangunan.
Bangunan jenis ini memang banyak terdapat di Malaysia
.




KELEMAHAN FRAME STRUCTURE

Mempunyai jarak rentang yang panjang.
Mempunyai tetulang dan rasuk.
Mempunyai pelbagai bentuk.


KAEDAH PEMBINAAN BAGI SESEBUAH BANGUNAN


Ø PRECAST


Bahan-bahan pembinaan dibuat dikilang ,apabila siap akan dihantar ke tapak bina untuk dipasang oleh pekerja mahir.
Penghantaran akan dilakukan dengan menggunakan kenderaan khas.
Penyambungannya dipanggil sebagai conection.
Contoh bangunannya seperti sekolah, kuarters, JKR dan bangunan pentadbiran kerajaan.
Reka bentuknya adalah tetap dan tidak boleh berubah kerana kos yang diperlukan amatlah tinggi untuk menampung perbelanjaan pembinaannya.
Ia sesuia dengan rumah yang banyak unit.



KELEBIHAN PRECAST

Bangunan yang dibina amat berkualiti.
Mempunyai jarak rentang yang panjang.
Menjimatkan masa pembinaan bangunan coz tidak mempuyai kerja pengkonkritan, pemasangan tetulang dan acuan.
Tidak memerlukan buruh yang terlalu ramai.
Tidak dipengaruhi oleh factor cuaca, contoh hujan ketika pengkonkritan dijalankan.




KEBURUKAN PRECAST

Cerewet coz bahan yang diperlukan perlu ditempah terlebih dahulu.
Menggunakan pekerja mahir yang perlu dibayar gaji dengan jumlah yang mahal.
Terpaksa menyeluarkan budget yang banyak.
Tidak fleksibel coz pembinaan yang dibuat tidak boleh diubat di tapak bina jika berlaku sebarang kacacatan.
Kontraktor akan mengalami kerugian yang besar jika berlaku sebarang kesilapan dalam melakukan connection.



Ø INCITU


Bahan-bahan pembinaan dilakukan di tapak bina.
Ia menggunakan acuan dan acuan itu tidak boleh digunakan lebih daripada satu kali.
Perlu menggunakan konkrit.
Perlu juga membuat slump test dan cube test.
Perlu ada pemasangan tetulang.
Sebelum konkrit, perlu vibrate dahulu supaya ia mampat dan tidak berlaku kacacatan .
Perlu ada pemasangan dinding, pemasangan lantai, kekuda bumbung, finishes.
Jika kontraktor ingin mengubah pelan, perlu submit kepada arkitek dahulu supaya tidak berlaku sebarang masalah pada bangunan apabila ia siap dibina.


KELEBIHAN INCITU

Menjimatkan cost pembinaan.
Reka bentuk yang fleksibel coz jika berlaku sebarang masalah dalam pembinaan boleh diubah di tapak bina dan boleh dibuat dalam pelbagai bentuk.
Tidak cerewet dalam penempahan bahan pembinaan secara specific.
Tidak perlu membayar pekerja mahir yang memakan belanja yang besar.



KEBURUKAN INCITU

Masalah dalam pengurusan masa coz lambat menyiapkan projek.
Pembinaan terganggu dengan keadaan cuaca, contohnya ketika melakukan pengkonkritan, hujan turun.
Bangunan kurang berkualiti.
Berlaku pembaziran, contoh material simen ketika pengkonkritan sedang dilakukan, hujan turun.
Terpaksa menggunakan buruh yang ramai.





TYPE OF WALL/JENIS-JENIS DINDING

INFILL PANEL


Ia merupakan satu bentuk isian sesuatu struktur kerangka bangunan.
Terdiri daripada satu element yang besar dan ringan yang lazimnya DIPASANG antara struktur DALAM KERANGKA BANGUNAN.


JENIS-JENIS INFILL PANEL

Timber
Metal


KEPERLUAN REKABENTUK/DESIGN EQUIPMENT INFILL PANEL

Ringan
Rigid(tegar/kuat)
Berkeupayaan merintang api-tahan dari segi kebakaran
Berkeupyaan merintang haba-fiber glass
Daya ketahanan tinggi
Kurang penyelenggaraan-10 tahun sekali baru nak cat




FACING

Ia merupakan kemasan luar bangunan yang memerlukan LATAR BELAKANG/BACK GROUND struktur yang rata dan bersambung.
Terdiri daripada satu lapisan element yang DIPASANG pada permukaan LUAR SESUATU BANGUNAN.


JENIS-JENIS FACING

Brick
Precast RC
Terracotta
Asbestos cement
Timber
Metal-aluminium@stainlees steel
Glass
Stone


KEPERLUAAN REKABENTUK/DESIGN EQUIPMENT FACING

Ringan
Rigid
Berkeupayaan merintang api
Berkeupayaan merintang haba
Daya ketahanan tinggi
Kurang penyelenggaraan




CLADDING

Ia merupakan satu bentuk lapisan sesuatu struktur keranka bangunan.
Ia BERBEZA dengan infill panel coz ia DIPASANG pada permukaan LUAR STRUKTUR KERANGKA BANGUNAN.


JENIS-JENIS CLADDING

(A) CLADDING YANG DIPASANG PADA STRUKTUR BACKING

Tie
Timber

(B) CLADDING YANG DIPASANG PADA FRAME STRUCTURE

Precast RC-vertical@horizontal
Composite-stone dan precast RC
Asbestos cement
Metal-aluminium@stainlees steel
Plastic
Glass Flore RC
Brick

KEPERLUAAN REKABENTUK/DESIGN EQUIPMENT CLADDING


Disokong secara sendiri antara struktur kerangka
Berkeupayaan merintang sebarang kebocoran dari tindakan hujan
Berkeupayaan merintang kesan tekanan angin
Berkeupayaan meintang kesan haba
Berkeupayaan merintang kesan bunyi
Berkeupayaan merintang api
Memberi ruang bukaan untuk kemasukan cahaya matahari Dan pengudaraan
Boleh dibuat dalam pelbagai saiz yang sesuai



CURTAIN WALLING

Ia merupakan kemasan dinding luar bangunan yang ringan dan DIPASANG pada sesuatu struktur kerangka bangunan.
Tidak menanggung sebarang beban kecuali beban matinya sendiri dan beban angina.
Terdiri daripada VERTICAL MULLION & HORIZONTAL TRANSOM yang akan membentuk bukaan untuk DIPASANG dengan GLASS PANEL @ INFILL PANELS (OPOQUE)


JENIS-JENIS CURTAIN WALLING

Glass dan timber frame
Glass dan metal frame-golvanise steel@aluminium alloy(tak mudah berkarat)


OBJECTIVE UTAMA MENGGUNAKAN CURTAIN WALLING

Pelindung terhadap struktur bangunan
Menggunakan kaedah DRY CONSTRUCTOR
Beban bangunan yang ringan
Mengetengahkan unsur-unsur arkitek yang unik



KEPERLUAN REKABENTUK CURTAIN WALLING

Berkeupayaan memberi ruang untuk pergerakan kesan dari HABA, STRUKTUR DAN KELEMBAPAN
Perintang cuaca kesan daripadaair hujan dan cahaya matahari
Penebat haba yang mengambil kira kadar kemasukan haba dalam bangunan dan jenis system pengudaraan yang digunakan .
Penebat bunti yang mengambil kira keluasan pembukaan, ketebalan kaca,dan lapisan kaca(single@double glazing)
Berkeupayaan merintang api ketika kebakaran
Mempunyai daya kekuatan yang tinggi dengan mengambil kira tinggi bangunan,keluasan permukaan dan lokasi bangunan.
Penyelenggaraan dan pemasangan yang mudah dan cepat.



NOTA DARIPADA EN ANAS ZAFIROL BIN ABDULLAH HALIM

No comments: